top of page

SENI SABAH

Sabah bukan sahaja terkenal dengan keindahan landskap dan pemandangannya tetapi juga terkenal dengan kepelbagaian etnik dan budayanya. Kekayaan Sabah sebagai negeri pelbagai budaya dan landskap yang indah ini mendorong kepada perkembangan keseniannya yang mana pada dasarnya, kepelbagaian karya dan hasil seni di Negeri di Bawah Bayu ini turut dipengaruhi oleh elemen budaya terutamanya alat muzik dan lagu-lagu dalam bahasa etnik mereka.  Selain itu, keindahan alam semula jadinya mendorang perkembangan penghasilan filem tanah air. Banyak pengarah-pengarah filem yang menggunakan negeri Sabah sebagai latar belakang penggambaran filem mereka.  Sejarah etnik juga dimuatkan dalam drama-drama yang dihasilkan oleh pengiat seni tempatan. Laman ini akan mengupas hasil-hasil seni yang popular yang melibatkan negeri Sabah tidak kiralah dari segi etnik atau penglibatan Sabah dalam pembuatan filem-filem tempatan. Lagu-lagu Sabah samaada yang lama mahupun yang baru juga ada di muatkan dalam laman ini.                                                

  • Wix Facebook page
  • Wix Twitter page
  • Wix Google+ page

PAUTAN​

 KAMI...

SAYANG SABAH 

BAH..

© copyright by communication student UMS 2012

bottom of page