

Satu-satunya drama bersiri pertama dalam bahasa Kadazan, Dusun, Murut dan Bajau bakal menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) apabila TV2 menyiarkan 13 episod siaran drama bertajuk Cinta Seteguh Kinabalu mulai 21 Jun, setiap Isnin dan Selasa, jam 12.30 tengah hari.
Drama arahan Tony Francis Gitom ini mengisi slot Mid Day Delight yang dibarisi pelakon Wilton Hamdih Gudol, Ilbertus M.John, Alfred Ujin, Soley Maubil, Lydia Anthony Lijua, April Nelly Lisius dan Ridah Malanjang.
Babak pertamanya bermula dengan memperkenalkan watak tiga sahabat baik iaitu Jeffrey, Iyot dan Arli yang telah menghabiskan pengajian semester akhir di UiTM, Shah Alam. Iyot dan Arli telah mengajak Jeffrey pulang ke Sabah untuk jumpa bapanya iaitu Stephens. Jeffrey sudah lama tidak berjumpa bapanya kerana orang tuanya telah bercerai. Jeffrey tinggal di Kuala Lumpur bersama ibunya Stella dan bapa tirinya Dr. Longis. Stella tidak membenarkan Jeffrey balik ke Sabah kerana takut Jeffrey terikut perangai dan sikap Stephens yang buruk. Jeffrey merajuk tetapi setelah Dr. Longis berjaya memujuk Stella, Stella akur dan membenarkan Jeffrey bertemu bapanya.
Apabila Jeffrey sampai di Sabah, Jeffrey kagum dengan bapanya kerana Stephens memiliki sebuah banglo yang besar di atas bukit. Stephens telah berkahwin dengan penyanyi kelab malam berbangsa Filipino bernama Carol. Stephens mempunyai 4 orang gaji di banglo iaitu Duraman, Olon, Bibiana dan Makcik Helena. Makcik Helena terpaksa balik ke Indonesia kerana suaminya sakit kuat dan menyuruh anak perempuannya iaitu Sephia menggantikan tempatnya sementara waktu. Stephens tertawan dengan keayuan Sephia dan jatuh cinta pandang pertama.
Walaupun Stephens sudah beristeri muda tetapi masih ada niat untuk berkahwin lagi dengan Sephia.Apabila Jeffrey melihat Sephia buat pertama kali, Jeffrey rasa benci dan menyimpan dendam terhadap Sephia. Jeffrey tidak pernah lupa punca penceraian antara kedua ibubapanya kerana Jelita, orang Indonesia seperti Sephia. Jeffrey selalu mendera, membuli dan memarahi Sephia. Duraman, Olon dan Bibiana kasihan dengan Sephia.
Akhirnya, Jeffrey sedar dan tidak dapat membohongi diri sendiri bahawa dia telah jatuh cinta dengan Sephia. Pada waktu yang sama Stephens telah bercerai dengan Carol dan mahu mengambil Sephia sebagai pengganti. Stephens mahu menjodohkan Jeffrey dengan anak perempuan Datuk Jinu iaitu Sally.

Mengisahkan tentang Nadira (Tiz Zaqyah) yang menghidapi penyakit jantung dan kemudiannya terpaksa menjalani permindahan jantung tanpa pengetahuan dari sesiapa meskipun dari pengetahuan tunangnya sendiri.
Jantung tersebut pula di miliki oleh bekas teman wanita Ammar (Aqasha) yang terkorban dalam kemalalangan jalan raya. Ammar berasa hancur setelah kehilangan cintanya mula membina semula hidupnya dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia di pertemukan dengan Nadira.
Ammar yang perasan ada banyak persamaan di antara bekas teman wanitanya dan Nadira. Ammar tidak dapat menolak hakikat yang dia seakan-akan jatuh cinta sekali lagi dengan bekas teman wanitanya. Seolah-olah kini dirinya hidup dalam khayalan bekas teman wanitanya.
Namun kebahagiaan itu tak berpanjangan tatkala dia di kejutkan dengan khabar yang sebenarnya Nadira kini memiliki jantung kepunyaan bekas teman wanitanya. Bekas teman wanita Ammar rupanya sudah membuat perjanjian akan menderma jantungnya apabila dia meninggal dunia. Dapatkan Ammar menerima hakikat ini? Adakah cinta nya akan berpaling arah?

Suatu Ketika... Akinabalu menceritakan penderitaan yang ditanggung oleh enam askar berani mati dalam versi cereka berdasarkan kejadian sebenar itu.
Selepas peperangan Singapura pada tahun 1942, tawanan perang Australia dan British telah dihantar ke Utara Borneo untuk dikerahkan membina landasan terbang tentera dan kem tawanan perang di Sandakan.
Oleh kerana tidak diberikan makanan dan rawatan perubatan sewajarnya, bilangan tawanan semakin berkurangan dan mereka yang masih hidup terlalu lemah untuk meneruskan kerja pembinaan.
Kecewa dengan hasil kerja mereka, komanden kem, Kapten Hoshijima Susumu mengeluarkan perintah untuk menembak mati baki tawanan yang masih hidup. Walau bagaimanapun enam askar British telah berjaya melarikan diri dari Ranau.
DRAMA
CINTAKU SETEGUH KINABALU
DEJAVU DI KINABALU
AKI NABALU
KOPI O
Kopi O yang berlatarkan situasi berlaku dalam sebuah warung kopi milik seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Alex. Ia mengisahkan Alex yang membuka sebuah warung kopi di kawasan perumahannya. Di warungnya, Alex berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggannya. Pelbagai permasalahan berlaku namun Alex dan rakan-rakannya cuba mencari jalan penyelesaian. Dengan semangat kerjasama yang tinggi tanpa mengira agama dan bangsa segalanya cuba diatasi bersama. Antara kisah yang dipaparkan dalam drama bersiri ini termasuklah doktor palsu, barang tiruan, PATI, teknologi maklumat dan komunikasi, bayi, lawatan YB, nyamuk aedes dan banyak lagi.
Dalam edisi pengenalannya yang bermula 13 November kelak, Kopi O tampil dengan episod Doktor Palsu yang berkongsi situasi berlaku dalam warung Alex apabila dia didatangi oleh Doktor Sim (doktor palsu). Doktor Sim mendapati Langgong dan Cikgu Nik Man disahkan mendapat penyakit ketumbuhan disebabkan kekerapan mereka berdua minum kopi O di warung Alex. Azizah cuba membantu mententeramkan mereka berdua. Akhirnya, Doktor Sim rupa-rupanya seorang pesakit mental yang terlepas dari hospital mental.
Seterusnya antara episod lain yang turut mencuit hati termasuklah Barang Tiruan yang berkongsi kekecohan berlaku apabila Alex terpengaruh dengan pelanggan-pelanggannya yang menggunakan barang tiruan. Alex tanpa berfikir panjang telah menggunakan kopi tiruan hingga membuatkan pelanggannya sakit perut dan cirit-birit.
Saksikan juga episod mencuit hati apabila Alex sebagai pemilik kedai terpaksa berdepan dengan kerenah pelanggannya yang mengambil kesempatan menggunakan wifi di warungnya hingga mengakibatkan dia terpaksa lewat menutup kedai setiap hari. Begitu juga pengajaran di selitkan dalam tajuk Bayi apabila Kavitha menemui bayi dalam bas mini dan keadaan menjadi kecoh apabila bayi tersebut di bawa ke warung Alex dan masing-masing memperkatakan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.
Usah ketinggalan untuk berhibur dan bergelak ketawa dengan sitkom Kopi O hanya di TV2.

PUTERI SALAMIA
Drama ini diilhamkan oleh penerbitnya Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Nasya Emie Adenan. Drama ini berkisar seorang Puteri bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejak kecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria
Qalif, Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorang diri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.



