

Telemovie ini memaparkan kisah seorang pemuda sebuah kampung di pedalaman bernama Ampal (Lakonan Abu Bakar Ellah), yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Hasrat beliau tercapai bila berkenalan dengan pemandu lori berbangsa Timor yang digelar "Om" (Lakonan Mat Congo) yang berjanji mencarikan Ampal pekerjaan di bandar nanti. KLIK SINI​
FILEM

FILEM MAT SALLEH
Sebuah kisah dari sejarah yang berlaku di Sabah pada tahun 1894 mengenai perjuangan menentang penjajah Inggeris. Kejayaan Paduka Mat Salleh memerintah Daerah Sugut dengan aman menimbulkan rasa iri hati darpada penjajah Inggeris yang berusaha merampas daerah tersebut kerana daerah tersebut memberi keuntungan hasil daripada pungutan cukai. Untuk mempertahankan bumi Sabah daripada terus dijajah, Paduka Mat Salleh mengumpulkan beberapa orang ketua daripada pelbagai puak untuk bersatu menentang dan menyerang Inggeris. Gabenor Inggeris bersetuju berdamai dengan Paduka Mat Salleh dengan beberapa syarat tetapi malangnya mereka melanggar syarat, mengakibatkan Paduka Mat Salleh mengarahkan orang-orangnya terus melawan penjajah dan mempertahankan bumi Sabah.
ORANG KITA

GERIMIS MENGUNDANG
Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini. Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang, apabila Pak Harjo telah tewas dalam kecelakaan ketika dalam perjalanan untuk lawatan kerja di Tamparuli, Sabah.
Dengan kekosongan hati Mikha, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan itu. Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati. Sebalik dari itu, Mikha dan Doni telah memutuskan perhubungan di Kota Jakarta, kerana mereka merasakan adalah lebih sesuai untuk menjalinkan hubungan sebagai adik beradik. Mikha terus menuju ke Kota Kinabalu untuk mencari cintanya untuk Zamani.
Namun semuanya telah terlambat apabila Zamani terlibat dalam kemalangan udara apabila helikopter yang dipandunya terhempas. Mikha merasai kehilangan apabila Zamani yang dicintai telah pergi buat selama-lamanya. Inilah kisah cinta agung antara Zamani dan Mikha buat selama-lamanya. KLIK SINI​
DUYUNG
Mengisahkan seorang pemuda yang bernama Jimmy yang mempunyai satu tabiat sejak kecil dimana dirinya suka menjaga kebersihan alam sekitar. Jimmy juga mempunyai sikap yang ganjil sehingga semua penduduk kampung tidak suka akan sikapnya yang ganjil itu. Jimmy suka berkawan dengan Orix spesis "big foot". Sebagai jejaka yang mempunyai perasaan, Jimmy menaruh hati terhadap Aspalela anak kepada Tok Mudim kampung, begitu juga Aspalela.
Pada suatu hari, Jimmy ke rumah Tok Mudim untuk meminang Aspalela tetapi ditentang habis-habisan sehingga Tok Mudim macabar Jimmy supaya mempunyai tanah sendiri jika ingin mengahwini anaknya. Akhirnya jimmy berbekalkan idea yang pelik dan bahan buangan, dia dapat membuat tanahya sendiri tetapi pelik bagi dirinya setiap kali dia bangun dari tidur kesemua pokok menjadi besar dan akhirnya tanahnya menjadi luas. Sangkaanya mungkin Aspalela yang menolongnya kerana ingin memberi sokongan. Tetapi selepas Jimmy mempunyai tanahnya sendiri Wak Pagek juga tidak menerimanya bahkan dicaci dan dihina. Kordi seorang pemuda yang paling berjaya disitu juga behasrat untuk memperisterikan Aspalela. Kordi juga benci akan Jimmy kerana selalu menghalangnya untuk menangkap ikan. Kordi yang semakin benggang dengan Jimmy menghalau Jimmy dan menyuruh berkahwin dengan ikan duyung sahaja dan akhirnya berlaku pergaduhan sehinggakan hampir sebahagian pulaunya ranap.
Jimmy kemudian membaiki pulaunya sehinggakan ikan duyung terjerat di tali ikatanya. Akhirnya Jimmy dan ikan duyung berkawan baik sehingga Jimmy menjadi seorang yang kaya hasil dari pemberian emas daripada ikan duyung. Kordi berasa benggang dan cuba untuk menyiasat dan akhirnya dia dapat menangkap ikan duyung. KLIK SINI​

BELUKAR
Mengenal hati budi seorang insan biasa bukanlah satu perkara mudah.Cuba bayangkan anda harus menyelami hati budi seorang penipu professional.Pernahkah seorang penipu jatuh cinta dan bolehkah kekasihnya sendiri percayakan janjinya? sejauh manakah penipuan ini berterusan….
Eva adalah seorang penipu professional.Tuntutan insurans yang melibatkan Eva dalam 5 tahun ini berjumlah hampir melebihi 100 juta dan kini Eva sedang disiasat oleh beberapa pihak.Malangnya tiada seorang agen penyiasat insurans pun mampu membuktikan Eva bersalah.
Tanggungjawab tersebut kini dipikul oleh Nik iaitu seorang penyiasat insurans syarikat insurans ABG yang dihantar dari Europe.Dalam proses sisatan Nik itu, Eva telah jatuh cinta pada Nik tanpa mengetahui indentiti Nik yang sebenar.
Namun Nik tidak percaya akan keikhlasan cinta Eva. Nik bergelut antara cinta dan tanggungjawab professionalnya iaitu membongkar penipuan Eva. Adakah cinta Eva pada Nik ikhlas ataupun ianya juga satu penipuan? Adakah Nik akan terus terperangkap dalam jerat cinta Eva ataupun Nik berjaya mendapatkan kekuatan untuk membongkar indentiti Eva? Apakah kesudahan mereka? KLIK SINI​



